Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam | The Reporter

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam

Anggota polis menjalankan siasatan di kawasan sekolah menengah di Bandar Utama selepas kejadian pelajar perempuan maut ditikam.
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di dalam kawasan sekolah.

“Ini satu kejadian yang amat menyedihkan. Pelajar lelaki berusia 14 tahun menikam pelajar perempuan dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Tangkapan sudah dibuat dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor,” katanya.

Baca juga:

Difahamkan, suspek yang juga pelajar Tingkatan Dua dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah sebelum menyerang mangsa.

Memetik laporan Berita Harian, suspek turut menikam seorang lagi pelajar namun keadaan mangsa kedua masih belum dapat dipastikan ketika ini.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Related Posts