Pelajar mengadu bekalan air terputus & dakwa pihak IPT ugut ambil tindakan jika viralkan di media sosial

Bila masalah air berlaku, kerja-kerja harian tidak dapat diselesaikan dengan segera. Jika berlaku di rumah, mudah bagi kita untuk menyimpan air. Tetapi jika berlaku di sekolah, asrama, kolej atau premis seumpamanya, agak sukar untuk menghadapinya.

Tular satu ciapan di Twitter di mana seorang wanita mendakwa adiknya yang merupakan seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) Sabah, berdepan dengan kesukaran menguruskan aktiviti hariannya kerana kolej yang diduduki terputus bekalan air.

“Kelas seperti biasa, tidak perlu mandi, datang saja ke kelas. Tak perlu umumkan anda mandi atau tidak sebab kampus akan tetap tiada air, meskipun sehingga ke akhir sem,” kata pensyarah berkenaan.

Sementara itu, ada pelajar yang mendakwa mereka turut diberikan amaran oleh pihak IPT untuk tidak menularkan isu tersebut kerana bimbang reputasi IPT terjejas. Lebih menyedihkan, mereka mendakwa pihak IPT tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu itu.

Memandangkan tiada jalan penyelesaian daripada pihak IPT, ada pelajarnya dikesan memetik beebrapa nama ahli politik untuk tampil membantu mereka dan salah seorangnya adalah Syed Saddiq. .

Syed Saddiq melalui ciapan di Twitter, mengecam IPT berkenaan yang masih tidak mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu bekalan air untuk kegunaan para pelajarnya.

“Dah tahun 2023, tapi institusi ilmu dan menara gading kebanggaan negara masih hadapi masalah air.

“Ada yang kata isu air di universiti sudah lama berlaku, ini yang viral, yang tak viral? Ini pelajar kita, bukan orang lain,” katanya.

Sumber: Qiqis, Syed Saddiq

Total
0
Shares
Related Posts