Pelajar dibuli, dipaksa makan makanan pedas hingga dimasukkan ke ICU | The Reporter

Pelajar dibuli, dipaksa makan makanan pedas hingga dimasukkan ke ICU

Pelajar perempuan terbaring di hospital selepas dibuli dan dipaksa makan makanan pedas, dengan tulisan hina ditemui di tangannya.
Ibu mendakwa tangan anaknya ditemui bertulis mesej hina selepas dibuli dan dipaksa makan makanan pedas hingga dimasukkan ke ICU.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu tunggal memohon doa dan keadilan buat anak perempuannya, Aisyah, yang dilaporkan menjadi mangsa buli hingga kini perlu menjalani pembedahan di Hospital Serdang pada 23 Oktober ini.

Kes berkenaan mula menarik perhatian ramai selepas wanita itu berkongsi kronologi kejadian serta salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.

Didera secara fizikal dan emosi di asrama

Menurut kronologi bertarikh 8 Oktober 2025, Aisyah, pelajar sebuah sekolah berasrama di bawah institusi agama, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Batu Muda selepas mengadu sakit dada. Pemeriksaan mendapati bacaan jantungnya tidak stabil sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Baca juga:

Doktor mengesahkan keadaan Aisyah membimbangkan dan siasatan awal keluarga mendapati ia berkaitan dengan beberapa insiden buli yang berlaku sebelum ini. Antara kejadian yang dilaporkan termasuk Aisyah dipaksa makan makanan pedas di tandas, cermin matanya dipijak hingga patah, serta ditolak hingga jatuh dua kali.

Lebih memilukan, pelaku turut meninggalkan tulisan berbaur hinaan di tangan Aisyah menggunakan pen biru bertulis “pergi mampus”, dipercayai selepas kejadian buli yang berulang kali berlaku di asrama.

Ibu lapor polis, mohon siasatan telus

Susulan kejadian itu, ibu Aisyah membuat laporan polis pada 9 Oktober di Balai Polis Sentul. Dalam laporan tersebut, beliau menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anaknya dan mendesak agar siasatan menyeluruh dilakukan terhadap pihak sekolah serta pelaku yang terlibat.

“Kesan buli ini bukan hanya memberi kesan terhadap anak saya, tetapi juga kepada seluruh keluarga. Sebagai ibu tunggal, saya rasa kedudukan saya telah disalah guna dan dipandang rendah sepanjang situasi ini,” luahnya.

Antara gambar-gambar yang dimuat naik oleh ibu mangsa di platform Threads

Keluarga Aisyah kini hanya mengharapkan keadilan ditegakkan serta tindakan sewajarnya diambil terhadap pelaku. Ibu tunggal itu turut memohon doa orang ramai agar pembedahan anaknya berjalan lancar dan diberi kesembuhan sepenuhnya.

Sumber: Threads

Related Posts