Pekerja mengaku lebihan makanan pelanggan dicuci semula untuk dijual keesokan hari? | The Reporter

Pekerja mengaku lebihan makanan pelanggan dicuci semula untuk dijual keesokan hari?

Dakwaan lebihan makanan pelanggan dicuci semula mencetuskan siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
Isu lebihan makanan pelanggan dicuci semula menjadi perhatian ramai susulan pengakuan pekerja dan siasatan pihak berkuasa kesihatan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengakuan seorang individu yang mendakwa menyaksikan sendiri lebihan makanan pelanggan dicuci untuk digunakan semula di sebuah kedai nasi kandar berhampiran Palm Mall mencetuskan rasa jijik dan kemarahan orang ramai, sekali gus mendorong siasatan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Kejadian itu didakwa berlaku sekitar tengah malam apabila individu berkenaan ternampak seorang pekerja restoran mencuci sisa makanan seperti daging ayam, daging kambing dan tauhu di bahagian belakang premis sebelum diasingkan ke dalam dulang.

@laduniawi

Restoran didakwa basuh lebihan makanan untuk dijual semula kepada pelanggan SEREMBAN – Sebuah kedai nasi kandar di daerah ini didakwa membasuh lebihan makanan yang telah dihidangkan kepada pelanggan sebelum digunakan semula pada keesokan harinya. Kejadian meloyakan itu dikongsi seorang pengguna media sosial yang mendakwa menyaksikan sendiri perbuatan berkenaan di belakang premis terbabit pada jam 12.18 tengah malam pada Selasa. “Saya melihat seorang pekerja sedang mencuci baki makanan seperti daging ayam, daging kambing, tauhu yang jelas merupakan lebihan masakan, kemudian diasingkan ke dalam dulang,” katanya Dia memberitahu telah menegur perbuatan pekerja tersebut dan dimaklumkan yang baki makanan terbabit dicuci untuk digunakan semula pada keesokan hari. Menurutnya, perkara itu tidak boleh diterima dan sangat membahayakan kesihatan orang awam. “Pada mulanya, rakan pekerja lain cuba mengelirukan saya dengan jawapan yang tidak jujur, namun akhirnya tersasul dan mengaku bahawa makanan tersebut memang akan dimasak semula dan dikatakan ‘tidak bahaya’. “Saya ingin tegaskan bahawa perbuatan ini langsung tidak beretika, tidak selamat, dan sangat menjijikkan,” katanya. Ujarnya lagi, dia berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana percaya yakin perbuatan seperti itu bukan kali pertama dilakukan oleh pekerja kedai tersebut. “Mohon orang ramai kongsi hantaran ini supaya lebih ramai sedar dan kejadian sebegini tidak terus berlaku serta membahayakan pengguna lain,” katanya. Oleh SYAMILAH ZULKIFLI SINAR HARIAN 03 Feb 2026 03:02pm #nasi #kandar #seremban #basuh #cuci

♬ Italian Cuisine – Kley Kley
Saksi dakwa pekerja terbabit cuba mengelirukannya

Menurut individu tersebut, perbuatan itu disedari ketika dia berada di kawasan parkir berhampiran premis berkenaan. Pada mulanya, pekerja restoran didakwa memberi pelbagai alasan bagi mengelakkan kejadian itu dipersoalkan.

Namun selepas ditegur, individu berkenaan mendakwa pekerja terbabit akhirnya mengakui lebihan makanan itu memang dicuci untuk dimasak semula, malah dikatakan “tidak bahaya” untuk digunakan keesokan hari.

Pengakuan tersebut disifatkan sangat tidak beretika, berisiko kepada kesihatan awam dan menjijikkan, selain menimbulkan kebimbangan bahawa perbuatan sama mungkin sudah berulang kali berlaku tanpa disedari pelanggan.

Baca juga:

Video tular cetus perhatian pihak berkuasa

Rakaman video kejadian itu kemudiannya dimuat naik ke media sosial sebagai peringatan kepada orang ramai dan pantas menjadi tular. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan dakwaan berkenaan dan mengarahkan pegawai terlibat turun ke lokasi untuk menjalankan siasatan serta temu siasat.

Beliau menegaskan, tindakan lanjut akan diambil sekiranya dakwaan itu didapati benar, sambil menasihatkan orang awam supaya menyalurkan aduan melalui saluran yang betul bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo! Online

Related Posts