Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pekerja McDonald’s Mengeringkan kepala mop lantai di Pemanas Kentang Goreng
Seorang pekerja McDonald’s dirakam mengeringkan mop lantai yang kotor di dalam pemanas kentang goreng, tepat di sebelah kentang goreng di restoran tersebut.
Pekerja itu dilihat memegang mop yang tidak kelihatan bersih, di bawah lampu pemanas hanya beberapa inci dari timbunan kentang goreng segar yang akan disajikan kepada pelanggan.
Difahamkan, insiden itu berlaku di cawangan McDonald’s berhampiran Brisbane, Australia, menjadi tular selepas dimaut naik di Facebook.
Netizen mengkritik pekerja terbabit kerana tidak mengikuti prosedur kesihatan dan keselamatan makanan.
“Jadi dari sinilah flavournya dihasilkan,” kata netizen.
“McMop kembali lagi! Edisi terhad – dapatkan segera sementara masih panas.” tambah netizen lain.
Namun, ada seorang yang marah menulis, “Inilah perkara paling bodoh yang saya lihat tahun ini. Sijil prosedur kebersihan dan keselamatan makanan wanita ini perlu ditarik balik!”.
Sementara itu, McDonald’s berkata kakitangan di restoran di Booval telah diberi amaran.
“Kami telah menangani perkara ini dengan cawangan restoran berkenaan secara langsung dan menjalankan latihan semula yang menyeluruh untuk semua pekerja mengenai prosedur sanitasi, kebersihan dan keselamatan makanan,” kata jurucakap McDonald’s.
“Ini adalah satu insiden yang terpencil dan kami akan terus bekerjasama dengan restoran berkenaan untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.”
Sumber: Daily Star