‘Patutlah bila ada kes viral, laju je tolong sebab nak marketing kan’ – Founder terkenal tak ikhlas bantu orang susah?

Gambar hiasan sahaja | Freepik

Hasrat seorang wanita untuk mendapatkan tajaan bagi program sekolah (dipercayai persendirian) daripada pempengaruh yang juga pengasas produk terkenal, tidak kesampaian apabila pembantu peribadinya (PA) menolak permohonan itu.

Lebih teruk lagi, PA berkenaan didakwa bersikap angkuh apabila membalas pertanyaan pengadu mengenai status permohonan tajaan tersebut.

Respon daripada PA Pempengaruh amat mengejutkan

“Baru-baru ini I ada contact PA kepada pempengaruh / founder terkenal ini untuk bertanyakan tentang permohonan sponsor bagi program sekolah. I nak bawa murid untuk pergi ke Sabah. Jadi, kita cari fund kalau dapat kurangkan kos perbelanjaan.

“Sebenarnya kita tak paksa pun untuk beri sumbangan. Nama pun permohonan. Kita cuma cuba dan manalah tahu kalau rezeki anak-anak murid, dapatlah kurangkan sikit kos untuk mereka bayar bagi mengikuti program ini. Kos yang diperlukan adalah untuk flight, penginapan dan pengangkutan di sana nanti.

“Tapi I terkejut apabila mendapat respon daripada PA dia. Cara dia cakap tu like, seriously? Kita call tanya feedback, macam mana, dapat ke tak dapat. Tak dapat, tak apalah sebab kita cuma nak tahu jawapan.

‘Takkan bagi kalau tiada kepentingan’

“Tetapi PA ini dengan nada yang sangat angkuh dia tanya I hantar permohonan itu kepada siapa. I kata I pergi hantar sendiri di pejabat mereka dan ada staff yang terima. Dia kata dia tak terima pun,” katanya.

PA itu kemudian menjelaskan kepada pengadu bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai peruntukkan untuk menaja program seperti itu.

“Kita takkan bagi kalau tiada kepentingan untuk kita,” kata PA berkenaan.

Kata-katanya itu membuatkan pengadu terkejut, kerana pempengaruh yang dikenali suka membantu orang itu rupa-rupanya memilih individu untuk dibantu demi kepentingan diri.

“Patutlah selama ini mana-mana kes viral, laju je tolong. Yela, marketing kan? So selama ini yang tunjuk perihatin tu semua sebab ada kepentingan la ye? Bukan betul-betul ikhlas nak tolong.

“Korang mesti kenal punyalah siapa dia ni. Cuma I tak sure dia tahu ke tak yang PA dia jawab call macam ni. Surat dan paperwork tu pun tak tahulah sampai ke tangan dia (pempengaruh / founder) atau tak. Korang rasa influencer tu tahu ke?” ujarnya.

Sumber: Xtra

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!