Pasangan kekasih buat onar dalam kereta ditahan, polis rampas kereta Axia, t-shirt merah/putih - The Reporter

Pasangan kekasih buat onar dalam kereta ditahan, polis rampas kereta Axia, t-shirt merah/putih

Pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta yang videonya tular di media sosial hari ini, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, dua individu terbabit (lelaki 22 tahun, remaja wanita 17 tahun) ditahan di dua lokasi berbeza secara berasingan hari ini.

Baca: ‘Dia sakit, nanti padam eh video tu’ – Driver Axia dicekup buat maksiat dengan kekasih dipercayai pelajar sekolah

Siasatan awal mendapati, video tersebut dirakam pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu dan hanya tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Siasatan awal mendapati, pasangan terbabit melakukan perbuatan itu di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

“Polis mengesan video tular berkenaan, bertindak di atas maklumat, kedua-dua susek telah ditahan secara berasingan masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang hari ini,” katanya.

Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan polis merampas kereta Perodua Axia dan sehelai t-shirt merah dan putih sebagai bahan bukti untuk siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman pejara selama tempoh dua tahun.

Terdahulu video pasangan kekasih itu melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta Perodua Axia tular di media sosial. Lelaki itu memberi alasan kononnya sedang membantu kekasihnya yang sakit. Malah dia sempat meminta perakam memadamkan video tersebut.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!