Parti Hati gesa kerajaan larang hidang daging lembu di majlis rasmi | The Reporter

Parti Hati gesa kerajaan larang hidang daging lembu di majlis rasmi

Chan Tse Yuen, Presiden Parti Hati Rakyat Malaysia, bercakap di sidang media dengan inset gambar seekor lembu – menggambarkan isu larangan hidangan daging lembu di majlis rasmi.
Parti Hati gesa kerajaan larang hidangan daging lembu di majlis rasmi demi hormati sensitiviti agama.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden Parti Hati Rakyat Malaysia (Hati), Chan Tse Yuen, menggesa kerajaan mengambil langkah melarang hidangan daging lembu di semua jamuan rasmi demi menghormati sensitiviti penganut Hindu, Buddha dan penganut Guanyin.

Bekas pemimpin MCA itu berkata, cadangan tersebut selaras dengan prinsip Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama, malah kerajaan selama ini juga sudah mengelakkan hidangan babi serta makanan tidak halal pada majlis rasmi kerana menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Namun realitinya, sensitiviti penganut Hindu dan Buddha seolah-olah kurang diberi perhatian kerana daging lembu masih dihidangkan secara meluas pada jamuan rasmi kerajaan,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Baca juga:

Perkara kecil yang dibesarkan

Beliau turut mengulas kontroversi melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, susulan hidangan arak pada majlis makan malam Global Travel Meet baru-baru ini. Katanya, insiden itu digambarkan hanya sebagai “storm in a wine glass”, iaitu perkara kecil yang dibesar-besarkan, namun tetap membuka ruang perbincangan mengenai pantang larang agama.

Chan menambah, orang bukan Islam di Malaysia sudah lama menghormati larangan Islam terhadap alkohol dan kini tiba masanya kerajaan menunjukkan keprihatinan sama terhadap kepercayaan agama lain.

Dengan larangan daging lembu di majlis rasmi, Chan percaya Malaysia akan dilihat lebih serius dalam mengamalkan persefahaman dan saling menghormati antara semua agama.

Parti Hati yang didaftarkan secara rasmi pada 18 Jun lalu menegaskan misi utamanya adalah memberi harapan baharu kepada rakyat Malaysia yang merasakan kerajaan ketika ini hilang arah tuju.

Related Posts