Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sejak kebelakangan ni, cuaca panas terik memang tak boleh bawa bincang kan?
Walaupun dah pasang pendingin hawa, rumah masih panas lagi betul tak? Bukan itu saja, dah minum banyak air pun, tapi masih lagi rasa dahaga, mengantuk, badan lesu tak bermaya, dan hilang fokus…
Semua ini terjadi bukan sebab cuaca yang panas terik saja tau, tapi ia terjadi disebabkan oleh tubuh badan korang masih belum cukup hidrat!
Antara simptom dehidrasi lain adalah kekejangan otot, strok haba, mulut kering dan air liur melekit, sakit kepala, kadar denyutan jantung cepat, mata kering dan kuyu, keletihan, dan dahaga.
“Eh, tapi dah minum banyak air, kenapa masih belum hidrat?”
Kalau korang nak tahu, untuk memastikan tubuh badan kekal hidrat, korang kena minum minuman yang ada elektrolit tau. Tak tahu apa itu elektrolit? Haa, meh sini kami kongsikan.
Apa Itu Elektrolit & Kenapa Ia Penting Dalam Penghidratan Badan?
Untuk korang yang tak tahu, elektrolit adalah mineral yang membawa cas elektrik apabila dilarutkan dalam air.
Mineral seperti natrium, kalium, dan magnesium, memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan cecair, fungsi otot, dan penghantaran saraf dalam badan. Tapi, kenapa ia penting?

Haa, sekarang korang dah faham kan apa itu elektrolit dan kenapa ia penting dalam penghidratan tubuh badan? Tapi, minuman apa yang ada elektrolit selain air kelapa?
Sebelum kitorang kongsi dengan korang minuman apa yang ada elektrolit, ini 4 tips mudah untuk korang kekal terhidrat di musim panas ini selain daripada pengambilan air elektrolit:

Bukan Hanya Untuk Bersukan, 100PLUS Boleh Dinikmati Pada Bila-Bila Masa!
Percaya tak, 100PLUS merupakan pilihan minuman yang terbaik untuk memastikan tubuh badan kekal hidrat.
Haa, bila kita sebut air 100PLUS, mesti kita assume yang air ini hanya untuk orang yang bersukan betul tak? Sebenarnya, 100PLUS ni juga boleh diminum pada bila-bila masa, tak kira apa jua yang korang lakukan tau, sebab minuman ini mempunyai elektrolit.
Kalau korang pilihan yang lebih sihat, korang boleh cuba 100PLUS ZERO sebab minuman ini diperbuat tanpa gula, tanpa kalori, sesuai untuk korang yang memang tengah diet atau ingin mengurangkan pengambilan gula, serta rasa padu yang sama!
Selain itu, 100PLUS ZERO ini juga mampu memberikan rangsangan elektrolit pada tubuh badan kita, selain daripada dapat menghidratkan dan menyegarkan tau.
Alang-alang tengah cakap pasal 100PLUS ZERO ni kan, korang tahu tak yang 100PLUS ada mengeluarkan perisa baru iaitu perisa Peach!

Jadi, lepas ni, korang ada lah pilihan nak minum antara 100PLUS ZERO biasa atau perisa Peach untuk kekal hidrat. Kalau macam ni nak minum hari-hari pun boleh!
Jom kekal hidrat dengan 100PLUS! Maklumat lanjut, layari laman web rasmi 100PLUS, atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.