Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketika ini banyak perkhidmatan yang menawarkan khidmat ‘guna dulu, bayar kemudian’ bagi memudahkan orang ramai tidak terbeban dengan harga yang ditawarkan.
Pembelian dalam talian seperti SPayLater juga diperkenalkan bagi penggemar dalam talian untuk membeli barang yang diinginkan tanpa ragu-ragu.
Namun, bukan hanya perkhidmatan barang yang ditawarkan, tetapi, seperti yang tular di TikTok, pakej “Nikah Dulu Bayar Kemudian” di Thailand turut disediakan.
Katanya, pakej yang didakwa mempunyai pendaftaran dengan SSM, disediakan bagi memudahkan pasangan yang ingin berkahwin terutama di Malaysia bernikah secara sah di Thailand.

Konsep ini menawarkan kemudahan kepada pasangan dengan membolehkan mereka menjalankan akad nikah terlebih dahulu dan menyelesaikan pembayaran perkhidmatan pada masa tertentu.
“Jimat, mudah dan cepat,” tulis hantaran di TikTok.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai yang dilihat ‘mencuba nasib’ bertanyakan dengan lebih lanjut pakej yang ditawarkan.








