Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Video tular yang memaparkan seorang bapa menyuapkan makanan kepada anak lelakinya yang menghidap sindrom Down telah menarik perhatian netizen di media sosial.
Video tersebut, dimuat naik oleh pengguna TikTok, Farzura, membuat ramai terkesan, hingga ada yang turut teringat akan keluarga atau kenalan sendiri yang melalui pengalaman serupa.
“Saya minta maaf pakcik, saya rekod secara senyap. Mesej yang saya ingin sampaikan adalah kasih seorang ayah kepada anaknya yang tiada penghujungnya.
“Sebak saya melihat keindahan saat ini. Saya doakan pakcik dan anaknya sentiasa sihat dan dipanjangkan umur. Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada,” tulisnya lagi.
Rakaman berdurasi 30 saat itu menunjukkan si bapa terlebih dahulu memastikan makanan tersebut tidak panas sebelum menyuapkannya kepada anaknya.
Detik penuh kasih sayang di kedai makan itu membuat ramai netizen tersentuh dan memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.Ada beberapa individu yang tampil memaklumkan meerka mengenali dua beranak ini.
“Iniayah mertua saya dan adik istimewa kami,” kata Waniey, salah seorang pengguna yang turut memberi respons terhadap video berkenaan.