Pakatan Harapan sudah mati - Annuar Musa - The Reporter

Pakatan Harapan sudah mati – Annuar Musa

Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa percaya Pakatan Harapan (PH) sudah mati dan akan digantikan dengan satu gabungan baru. 
Meskipun tiada sebarang pengumuman yang dibuat pada malam ini, Annuar ketika ditanya sama ada PH sudah tamat, dia berkata, “Saya rasa begitu.”. 
Ahli Parlimen Ketereh itu juga berkata, pembentukan gabungan baru itu bergantung kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Yang di-Pertuan Agong. 
Dalam pada itu, Annuar menafikan UMNO akan bergabung dengan BERSATU. 
Sementara itu dalam laporan The Capital Post, pelan gabungan parti politik baharu dan senarai pentadbiran baharu yang diusulkan oleh Mahathir telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. 
The Capital Post yang memetik dari sumbernya sendiri berkata, penubuhan kerajan baharu itu melibatkan BERSATU, UMNO, PAS, WARISAN dan GPS. Manakala DAP, PKR dan AMANAH digugurkan. 
Datuk Seri Azmin Ali juga dilaporkan bakal keluar dari PKR bersama beberapa wakil rakyat lain untuk bersama penubuhan kerajaan baharu itu dan Mahathir akan terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!