Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor (PN) di Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di pusat perubatan kerajaan yang didakwa terlalu ketat dan tidak mematuhi syariah.
Menurut Wan Razali, jururawat wanita di fasiliti kesihatan kerajaan berpakaian terlalu ketat mengikut acuan barat sehingga menampak bentuk badan dan tidak mengikut tuntutan Islam.
Wan Razali menggesa Kementerian Kesihatan meneliti semula etika pemakaian jururawat wanita.
“Kebanyakkan jururawat wanita berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan, di mana ia tidak patuh syariah. Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan barat dalam etika pemakaian ini? Apakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran?” katanya.
Beberapa tahun lalu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas) juga pernah menyuarakan isu yang sama membabitkan pakaian pramugari MAS. Namun diselar oleh bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, yang mengatakan negara tidak akan pernah bebas daripada ‘kata-kata bodoh’ sedemikian.
“Mereka tiada idea, mereka hanya ada pemikiran lama yang tidak membawa apa-apa kebaikan,” katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today, 9 Disember 2021.
Sumber: MalaysiaKini, Free Malaysia Today