Padah kutuk bos dalam group WhatsApp, 3 staf dipukul sehingga salah seorang daripadanya pengsan - The Reporter

Padah kutuk bos dalam group WhatsApp, 3 staf dipukul sehingga salah seorang daripadanya pengsan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tersinggung dengan perbualan pekerja dalam kumpulan WhatsApp, seorang doktor yang juga pemilik farmasi bertindak menganiaya dan memukul tiga pekerjanya, dalam kejadian di Daerah Korumba, Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Akibat daripada kejadian itu, salah seorang mangsa pengsan dan mengalami luka lebam di beberapa bahagian badannya.

Insiden tersebut sempat dirakam oleh penduduk setempat yang kemudian tular di media sosial. Video menunjukkan salah seorang mangsa sedang duduk di lantai selepas dianiaya suspek.

Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan masalah remeh, di mana doktor berkenaan yang dikenali sebagai Ershanty Rahayu Safitrinas Yasin, 31, mendapati ketiga-tiga pekerja mengutuk tentang dirinya dalam kumpulan WhatsApp.

Berang dan tidak dapat menerima perkara itu, suspek bertindak menganiaya dan memukul para pekerjanya dalam bilik di premis tersebut.

“Dia pukul dengan kuat, dia tempeleng sehingga membuatkan telinga saya berdengung dan terjatuh pengsan.

“Saya tidak dapat menerima perbuatannya. Kami bertiga sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” kata salah seorang mangsa, Zahra Sagita Tawulo, 25, semalam.

Sementara itu, pegawai polis Kendari, Fitrayadi berkata, suspek telah ditahan dan kini sedang disiasat. Pemeriksaan turut mendapati ada beberapa kesan lebam di muka mangsa, yang dikira sudah cukup dijadikan sebagai bukti untuk mendakwa suspek.

Sumber: Okezone, iNews Kendari

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!