Orang yang terlalu taksub dengan selebriti mungkin kurang pintar - Kajian | The Reporter

Orang yang terlalu taksub dengan selebriti mungkin kurang pintar – Kajian

Foto hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Orang yang terlalu taksub dengan selebriti mungkin mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah, menurut kajian.

Menurut satu kajian dari Hungary yang diterbitkan dalam BMC Psychology menunjukkan bahawa terdapat hubungan langsung antara pemujaan selebriti dan prestasi yang lebih rendah dalam ujian kognitif (kemampuan berfikir dan memproses informasi).

Kajian ini melibatkan 1,763 orang dewasa yang mengambil bahagian dalam beberapa tugas, termasuk ujian untuk mengukur perbendaharaan kata sebanyak 30 perkataan dan ujian yang melibatkan penggantian simbol digit.

Selain itu, mereka mengisi satu soal selidik yang dinamakan ‘Skala Sikap Terhadap Selebriti’ untuk menilai sejauh mana minat mereka terhadap individu terkenal. Dalam soal selidik ini, peserta hanya perlu menjawab dengan ‘ya’ atau ‘tidak’ terhadap beberapa pernyataan.

Antara pernyataan tersebut ialah:
  • “Saya sering merasa ingin tahu tentang kehidupan peribadi selebriti kegemaran saya.”
  • “Saya sangat obses dengan butiran terperinci kehidupan selebriti yang saya suka.”
  • “Jik saya berkesempatan bertemu dengan selebriti idola saya dan dia meminta saya melakukan sesuatu yang bertentangan, mungkin saya akan melakukannya.”

Para penyelidik menyimpulkan bahawa, individu yang mendapat skor tertinggi dalam skala sikap terhadap selebriti juga memperoleh prestasi yang lebih rendah dalam kedua-dua ujian kebolehan kognitif.

Walau bagaimanapun, mereka mengakui tidak dapat dengan pasti menyatakan sama ada obsesi terhadap selebriti menyebabkan penurunan kebolehan kognitif atau sebaliknya.

“Memberi fokus yang terlalu banyak pada selebriti kegemaran mungkin mengganggu prestasi dalam tugas yang memerlukan perhatian dan kemahiran kognitif lain.

“Walaupun kajian ini tidak menemui bukti bahawa menjadi terlalu taksub dengan selebriti kegemaran menyebabkan prestasi rendah dalam ujian kognitif, kami mengesyorkan agar kita memantau perasaan kita terhadap mereka dengan berhati-hati,” kata para penyelidik.

Related Posts