Apabila menjengah usia akil baligh, golongan perempuan akan mula ‘datang bulan’. Setiap perempuan mempunyai kitaran haid yang berbeza. Oleh itu mereka selalu digalakkan untuk menjaga kebersihan diri dan kerap menukar tuala wanita untuk mengelakkan jangkitan bakteria.
Maaf andai imej di bawah ini buat anda loya tekak tapi saya buat posting ini untuk bagi sedikit kesedaran buat para wanita yang mana tak pernah mengalami kejadian seperti dalam gambar agar jangan memperlekehkan menorrhagia dan segera dapatkan nasihat doktor jika ianya berlarutan.
Entah apa yang lawak sangat bila ada satu wanita buat perkongsian di Twitter tentang disposable panties keluaran Librese. Saya dapati rata-rata yang gelak adalah kaum wanita sendiri. Kaum lelaki kalau gelak elok sangatlah itu. Tak tahu nak kata apa dah.
Bagi saya, inilah satu inovasi yang sangat baik untuk wanita yang malang macam saya. Sekurang-kurangnya seluar dalam tak lagi kotor. Tukar pun taklah sampai 8 pad dalam masa 24 jam.
Bayangkan satu pek pad 42 cm hanya ada 8 bungkus di dalam bernilai antara RM8-RM10 ikut tempat dan kedai. Saya punya ini beli di Pekan Bau dan bagi saya heaven sebab ada murah sikit berbanding di Labuan. Satu pek 8 pad ini hanya bertahan untuk 1-2 hari sahaja. Seminggu kena guna 7-8 pek (RM80/SEMINGGU). Kalau haid berhenti seminggu tak apa. Kalau berlarutan sampai sebulan? RM240/SEBULAN hanya untuk pad sahaja.