Orang Utan betina digari di atas katil, dicukur setiap hari & dipaksa lakukan hubungan seks dengan lelaki oleh penculiknya - The Reporter

Orang Utan betina digari di atas katil, dicukur setiap hari & dipaksa lakukan hubungan seks dengan lelaki oleh penculiknya

Gambar Yayasan Survival Orang Utan Borneo

Seekor Orang Utan betina bukan sahaja dirantai di katil, malah badannya dicukur setiap hari sebelum dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki sejak beberapa tahun lalu.

Haiwan yang diberi nama Pony itu diculik dan dilayan seperti pelacur, selain dipergunakan untuk melayani nafsu pelanggan.

Pasukan penyelamat yang menemui haiwan itu mendapati, badan Pony dicukur dan ada beberapa kesan gigitan di badan. Pony dikatakan telah dirantai di atas katil dan dirogol berkali-kali.

Yayasan Survival Orang Utan Borneo (YSOUB) berkata, “Tak sangka Pony diperlakukan sebagai pelacur. Pelanggan membayar sejumlah wang kepada pemilik rumah untuk melakukan hubungan seks dengannya”.

Pony dianggarkan berusia enam tahun ketika diselamatkan. Tidak diketahui dengan tepat berapa lama Pony berada di ‘pusat pelacuran’ tersebut.

“Pemilik enggan melepaskan Pony. Bagi dia, Pony adalah mesin wang tunai dan pembawa tuah,” katanya.

Hal itu membuatkan NGO berkenaan terpaksa meminta campur tangan polis dan tentera untuk memujuk lelaki berkenaan melepaskan Orang Utan itu.

Semasa di bawah jagaan lelaki itu, Pony telah dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu dengan lelaki. YSOUB terpaksa mengambil masa hampir sedekad untuk memulihkannya.

Pony kemudian dibawa ke pusat Nyaru Menteng di Borneo, Indonesia, di mana kakitangan di fasiliti itu terkejut apabila dimaklumkan mengenai penderitaan yang dilaluinya. Pony langsung tidak menunjukkan keinginannya untuk meneroka. Apatah lagi tidak tahu mencari makanannya sendiri.

Sukarelawan Michelle Desilets berkata, “Ini sangat mengerikan. Dia jadi hamba seks. Dia pasti mengalami penderitaan yang tidak terkata”.

Difahamkan, Pony diselamatkan pada tahun 2003. Semasa tempoh pemulihannya, lelaki tidak dibenarkan mendekatinya kerana haiwan itu menunjukkan tanda-tanda trauma.

Hanya selepas 15 tahun kemudian, Pony akhirnya disahkan sihat dan sudah mampu menjalani rutinnya termasuk mencari makanannya sendiri di pusat pemulihan itu, di mana dia tinggal bersama tujuh lagi Orang Utan lain.

Sumber: Mirror

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!