'Orang suruh training di Air****, bukannya jual tubuh pada jantan lain!' - Lelaki cekup tunang tidur dengan jantan lain ketika training di KL - The Reporter

‘Orang suruh training di Air****, bukannya jual tubuh pada jantan lain!’ – Lelaki cekup tunang tidur dengan jantan lain ketika training di KL

Hasrat seorang lelaki membuat kejutan untuk tunangnya tidak kesampaian apabila wanita terbabit dicekup sedang bermadu asrama dengan jantan lain.

Menurut pengadu yang hanya dikenali sebagai Mathaeiou berasal dari Sarawak itu berkata, dia sanggup datang dari jauh ke Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu dengan tunangnya itu. Tetapi tidak menyangka hubungannya telah dikhianati dalam masa singkat.

“Niat di hati nak buat kejutan, tak tahu pula hati yang dihancurkan. Hati mana yang tidak hancur luluh apabila mendapati tunang sendiri tidur bersama lelaki lain.

“Jauh-jauh terbang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan tunang, tetapi sakit hati pula yang saya dapat. Patutlah call tak angkat, chat tak dibalas,” katanya yang jelas sekali kecewa dengan apa yang berlaku.

Menurut Mathaeiou, tunangnya ketika itu sedang menjalani latihan dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan. Tetapi dipercayai mengalami kejutan budaya lalu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

“Orang suruh pergi training Air****, bukan menderma tubuh dengan lelaki lain. Saya tak tahu pula trainee boleh tidur bersama-sama. Harap pihak syarikat penerbangan ini ambil tindakan disiplin terhadap mereka. Sudahlah curang semasa latihan, belum lagi diberi tempoh percubaan, dah buat perangai begini.

“Patutlah cepat berubah sikap, rupanya dah ada orang lain. Alasan konon mau fokus untuk kerjaya,” katanya.

Jelas Mathaeiou, hubungannya dengan wanita itu sudah terjalin beberapa tahun tetapi terpaksa dilupakan disebabkan kehadiran orang ketiga itu.

“Cuti saya sepatutnya seronok, sekelip mata menjadi mimpi ngeri. Sewenang-wenangnya dia curang dengan lelaki lain. Bertahun-tahun hubungan kami, lesap begitu saja. Tidak terfikirkan dia akan segala usaha, masa, duit dan perhatian yang telah diberikan kepada dia?

“Kali ini Tuhan nak tunjukkan siapa yang salah. Patutlah kuat betul firasat saya nak buat kejutan untuk dia. Tak sangka prasangka buruk saya selama ini menjadi kenyataan.

“Kepada Ce*****, terima kasih kerana buat saya begini. Saya harap kamu berdua bahagia sampai bila-bila,” katanya.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!