'Orang Semenanjung' Meroyan Rakyat Sarawak Beri Kemenangan Pada BN - The Reporter

‘Orang Semenanjung’ Meroyan Rakyat Sarawak Beri Kemenangan Pada BN

Tolong FAHAM! Ini pilihanraya negeri SARAWAK, memilih KERAJAAN NEGERI SARAWAK dan mandat dari RAKYAT NEGERI SARAWAK. Jangan hina orang Sarawak kerana melalui undi mereka itu BN Sarawak mendapat mandat sekali lagi. Tolong fahami keadaan politik dan sosial di Sarawak dan setiap negeri adalah berlainan. Mereka juga tidak pernah persoal kerajaan yang dipilih di negeri-negeri lain sebab mereka mengormati hak anda sebagai pemilih kerajaan. Mereka tidak pernah masuk campur dan mempersoal tindakan anda di Semenanjung kerana mahu memberi peluang kepada anda untuk membuat percaturan di negeri masing-masing.
Apa salahnya, berikan ruang yang sama untuk orang Sarawak menentukan apa yang mereka mahu dan apa yang akan berlaku di negeri mereka. Dan mereka yang terkesan dari apa yang mereka pilih.
Oleh sebab itu, hormati juga hak mereka untuk memilih kerajaan negeri mereka dan siapa yang mereka mahu jadikan sebagai pemimpin. Ini PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK, memilih kerajaan yang mempunyai kuasa dan jurisiction terhad di negeri Sarawak. Jadi, terserahlah mereka mahu undi siapa, walaupun pihak yang anda benci.
Sekalipun Pakatan Harapan di Sarawak menang kali ini, takkan nak bahagi Sarawak jadi dua? Satu untuk DAP dan satu untuk PKR? Gilakah apa?
Sebab itu jangan salahkan pengundi Sarawak jika banyak berpaling dari Pakatan Harapan. Ada rasionalnya untuk pilihanraya kali ini.
Usah bicara SOAL PERJUANGAN kalau dah kawan sendiri jadi lawan. Bagaimana nak perjuangkan HAK RAKYAT kalau dah kalian sendiri membentuk pakatan yang tak sepakat. Kasihan mereka yang berkempen bagi pihak pakatan, turun padang dan bersemuka dengan orang ramai. Mereka buat sedaya mungkin, tetapi bila pimpinan tertinggi tidak sehaluan, ranap habis semuanya.
Ingat, kali ini SARAWAK MEMILIH, kalian yang lain saya mohon BERHENTI MEROYAN. Bukan apa,semakin anda meroyan semakin anda memalukan diri sendiri. Dalam meroyan nanti, anda menghina kami di Sarawak. Tak pasal-pasal kita pula yang bergaduh, walhal kami bangsa Sarawak ini sangat benci kepada pergaduhan. Perlu diingat juga, orang-orang Sarawak tidak pernah meletakkan kebencian melebihi rasa kasih kami kepada kepada sahabat kami di semenanjung. Kami terima mereka bersama sama mencari rezeki di sini, kami relakan sedikit aripada hasil bumi kami untuk membangunkan tanah tanah kalian dan kami juga tumpang bangga dan gembira dengan apa yang kamu nikmati di sana. Sebab kami beranggapan kita masih saudara senegara.
Pilihanraya kali ini tiada kena mengena dengan kalian di sana… Kerajaan negeri Sarawak untuk Orang Sarawak. Yang memilih di Putrajaya, itu namanya Pilihanraya Umum (PRU).
ANDA PERLU INGAT…
Sarawak BUKAN sekadar NEGERI dalam Malaysia. Sarawak ialah NEGARA YANG BERGABUNG dengan Malaya dan North Borneo membentuk MALAYSIA. Tiada SARAWAK, Tiada MALAYSIA!
P/S: Kaban2 sent jak post yang memaki hamun kita di Sarawak. Jangan maki balik, sebab kita orang SARAWAK bangsa bertamadun.
Mengikut Ibnu Khaldun, bangsa yang tiada peradaban bangsa yang tidak bertamadun. Biar kita pakai cawat, tapi minda kita kita bersih dan suci. Daripada “pakai baju tapi telanjang” (ada akal tapi bingai). – Syahrizzal Arfandy | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!