Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengacara, pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah teruja berkongsikan momen bergelar nenek selepas anak sulungnya, Allisya selamat melahirkan anak semalam.
Apa yang menjadi perhatian ramai apabila Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera dan suaminya Ijoy berpakaian seperti bakal menerima anugerah di istana.
Shiera memakai baju kurung dan bertudung hitam manakala Ijoy pula berbaju melayu, bersongkok dan berselempang kuning.
“Giliran kami pulak dapat datuk di hospital. Selempang (suami) dah sama dengan jalan raya.
“Allah bagi rezeki jadi Datuk. Siapa suruh kahwin dengan aku. Dapatlah gelaran datuk. Orang lain ambil gelaran itu di istana, kami ambil di hospital,” tulisnya.
Rata-rata terhibur dengan hantaran berkenaan dan mengucapkan tahniah di atas ‘anugerah’ yang diperoleh.
Untuk rekod, anak sulung Shiera iaitu Allisya, merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami iaitu Jatt Ali.
Perkahwinan bersama Ijoy pula dikurniakan empat cahaya mata.