'Orang Kesian Pada Dia, Tapi Dia Culik Anak Orang Pula' - The Reporter

‘Orang Kesian Pada Dia, Tapi Dia Culik Anak Orang Pula’

SUBANG JAYA – Seorang wanita warga Indonesia diburu polis kerana didakwa telah menculik seorang budak perempuan berusia 12 tahun. 

Menurut ibu bapa Puteri Nurkyra, mereka mendapati anak perempuan mereka dan wanita terbabit hilang dari kediaman mereka di SS19, jam 5.30 pagi Selasa.
Difahamkan, pasangan terbabit sebelum itu terjumpa dengan suspek dan bersimpati dengannya, lalu dibawa balik ke rumah. Namun, suspek hilang bersama anak mereka pada awal pagi keesokkan harinya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlin Sadari, meminta semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek yang berusia 20 tahun dan mangsa, segera menghubungi pihak polis. 
Kes kehilangan Puteri Nurkyra itu diklasifikasikan sebagai penculikan. 

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi talian 03-20529999 atau  menghubungi keluarga mangsa 010-4007375 atau tampil ke balai polis berhampiran. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!