Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Negara Jepun terkenal dengan keindahan semulajadi yang menawan hati pelancong. Walaupun kos perbelanjaan ke sana sangat tinggi, namun tidak menghalang pelancong luar untuk menikmati keindahan di sana.
Salah satu tarikan di Jepun adalah pohon sakura. Bukan hanya diminati oleh pelancong luar, malahan masyarakat Jepun amat menantikan musim pohon sakura berkembang. Bagi kepercayaan masyarakat mereka, waktu sakura berkembang adalah merupakan permulaan tahun baru.
Bunga sakura juga memberikan peringatan kepada mereka kehidupan itu indah dan bersifat sementara. Musim sakura juga digunakan oleh masyarakat sana untuk berkelah di bawah pokok tersebut.
Namun begitu, tindakan beberapa pelancong yang dipercayai dari Indonesia ini disifatkan seperti tidak beradab dan mencemarkan maruah. Satu video tular merakamkan dua orang lelaki sedang menarik ranting dan menggoncangkan pokok sakura di Jepun sehingga menyebabkan bunga-bunga sakura berguguran jatuh.
Beberapa individu lain yang melihat aksi berkenaan hanya tersenyum dan ketawa. Kejadian yang berlaku di Kota Nara itu bagaimanapun dikecam netizen.
“Orang tempatan (Jepun) bukan main lagi jaga pokok ni, tapi datangnya pelancong ni terus rosakkan,” kata netizen.
Tindakan memetik bunga sakura dari pohon sakura dikira sebagai satu kesalahan vandalisme. Hanya bunga-bunga yang gugur sahaja yang boleh diambil.









