Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dua mayat wanita ditemui dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai.
Lapor Harian Metro, mayat kedua-dua mangsa itu ditemui oleh orang awam pada jam 5.30 petang, lalu segera melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.
Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda kemudian tiba di lokasi untuk mengeluarkan mayat dua wanita dewasa berkenaan yang berada di tempat duduk hadapan.



Pemeriksaan awal mendapati, kedua-dua mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dan berkemungkinan telah meninggal dunia lebih dari lima hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berbau busuk.
Difahamkan, mereka datang ke Pulau Pinang untuk bercuti. Namun, identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti.
Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut.
Proses bedah siasat terhadap mayat dua wanita sedang dijalankan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).








