Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pemuda berusia 22 tahun, Syafiq, mendakwa dirinya ditipu sebanyak RM17,500 dalam satu urusan pembelian kereta terpakai melalui seorang individu yang dikenali di laman Facebook.
Menurut laporan polis yang dibuat semalam, kejadian bermula apabila Syafiq, yang bekerja sebagai operator kilang, memuat naik pencarian kereta di Facebook. dia kemudian dihubungi oleh seorang individu dikenali sebagai Putri Sofia yang menawarkan kereta Perodua Myvi 1.5 SE berwarna perak dengan harga RM17,500.
Syafiq diminta datang ke sebuah kedai di Jalan Berserah, Kuantan, pada 13 Disember 2024 untuk melihat kereta tersebut.
Sebaik saja tiba di lokasi, dia diminta bertemu dengan seorang jurujual bernama Nizam. Setelah berbincang, Syafiq bersetuju untuk membeli kereta tersebut dan Nizam memintanya membuat pembayaran secara tunai.
Syafiq terlebih dahulu membayar RM3,500 di kedai tersebut sebelum pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan baki wang sebanyak RM14,000. Selepas selesai membuat bayaran penuh, Nizam meminta Syafiq pergi makan terlebih dahulu sementara dia memproses urusan pembayaran dan pertukaran nama.
Apabila Syafiq kembali ke kedai itu semula, Syafiq dimaklumkan oleh seorang jurujual lain, dikenali sebagai Kent, bahawa tiada jurujual bernama Nizam yang bekerja di premis tersebut dan tiada sebarang pembayaran diterima bagi kereta berkenaan.
Percubaan Syafiq untuk menghubungi Nizam juga tidak berjaya. Merasa dirinya ditipu, Syafiq tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. – The Reporter








