Op Sky: 3 selebriti hanya terima bayaran sebagai duta | The Reporter

Op Sky: 3 selebriti hanya terima bayaran sebagai duta

SPRM
Sumber Gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan, tiga selebriti yang dipanggil tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki siasatan dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) mendapati mereka hanya menerima bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan termasuk peranan sebagai duta syarikat terbabit.

Beliau berkata, kesemua selebriti itu dipanggil untuk menjadi saksi bagi membantu siasatan Op Sky.

Terdahulu, seorang selebriti senior tampil menafikan menerima bayaran sehingga RM400,000 daripada sebuah syarikat perunding kewangan dan menegaskan beliau hanya menjalankan tugasan sebagai duta sahaja.

Selain pelakon lelaki berkenaan, seorang penyanyi wanita terkenal juga dipanggil bagi membantu siasatan.

Minggu lalu, SPRM merakam keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan berkenaan selepas disyaki menerima wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat itu bagi tujuan promosi.

Sumber: Berita Harian

Related Posts