'Ok lah bagi upah untuk pondan2 buat show, daripada mereka melacur' - Safiey Ilyas - The Reporter

‘Ok lah bagi upah untuk pondan2 buat show, daripada mereka melacur’ – Safiey Ilyas

Susulan majlis rumah terbuka yang dianjur oleh usahawan kosmetik ditegur oleh PU Amin kerana membuat acara tidak senonoh terhadap tetamu jemputan iaitu anak-anak yatim dan pelajar tahfiz, Safiey Ilyas tampil memberi penjelasan ringkas. 
Melalui Instagramnya, Safiey berkata, tindakannya mengupah lelaki berperwatakan wanita membuat persembahan di majlisnya itu lebih daripada membiarkan mereka melacur. 
Jelas Safiey lagi, dia tidak mahu terlalu memikirkan teguran itu kerana pihak berkenaan tidak mengetahui niatnya. 
“Ok lah bagi upah untuk pondan-pondan buat show. Daripada mereka melacur. Biarlah, niat kita, kita je tahu. Wasalam,” tulis Safiey semalam.



A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Dan baru sebentar tadi, Safiey memuat naik penjelasan terbarunya berhubung isu berkenaan.

“Saya sebak bila tengok anak yatim dan tahfiz ini. Kecil-kecil semuanya. Ini cara saya cari hidayah! Korang boleh cakap apa sahaja tapi saya jalankan amanah setiap pembeli Aurora SX saya sumbangkan pada DSI Empire Charity Programme.

“Saya tak propa! Saya tak gentar orang nak boikot produk saya sebab bagi saya itu tindakan kurang bijak. Nak boikot, boikot saya, bukan produk saya. Rezeki daripada Allah, so buat apa nak takut? Semua dah ditetapkan sejak kandungan 4 bulan dalam perut ibu kita.

“Ada nampak show pondan menari masa bagi sumbangan dekat 200 anak yatim? Biarlah korang nak cakap apa, saya tetap tidak mengalah membantu mereka yang memerlukan!

“Saya sedar saya tidak baik, jadi saya buat apa yang saya selalu buat dulu untuk mencari kembali hidayah yang hilang. Semoga Allah terima amalan saya.

“Orang boleh cakap apa sahaja, janji kita tahu apa kita buat dan niat kita! Saya tidak baik, tapi itu bukan sebab saya tidak melakukan kebaikan lain. Doakan saya. Amin. Saya insan jahil,” tulisnya.



Terdahulu, PU Amin menyelar tindakan usahawan berkenaan menggunakan khidmat seorang lelaki berperwatakan wanita membuat persembahan di majlis itu sehingga melakukan acara yang tidak senonoh pada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. 
Dalam kenyataan PU Amin, Safiey tidak sepatutnya ‘melacurkan’ anak yatim dan anak tahfiz untuk membuang najis yang telah dibuat oleh Safiey. 
BERITA BERKAITAN: 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!