Saintis kesan objek gergasi, disyaki kapal makhluk asing sedang menuju ke Bumi | The Reporter

Saintis kesan objek gergasi, disyaki kapal makhluk asing sedang menuju ke Bumi

Kapal angkasa makhluk asing gergasi memancarkan jalur tenaga elektrik sedang menghampiri Bumi dari angkasa lepas, Bumi kelihatan dengan cahaya bandar pada waktu malam.
Imej ultra realistik menunjukkan objek gergasi menyerupai kapal angkasa makhluk asing sedang menghampiri Bumi dari ruang angkasa. | Gambar hiasan
Saintis dakwa komet luar biasa 3I/ATLAS mungkin teknologi makhluk asing yang bakal lancar serangan pada November ini

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu objek angkasa sebesar bandar Manhattan yang sedang bergerak laju ke arah sistem suria menarik perhatian saintis, selepas satu kajian mencadangkan ia mungkin kapal angkasa makhluk asing yang merancang untuk menyerang Bumi.

Objek yang dinamakan 3I/ATLAS ini adalah komet luar angkasa ketiga yang pernah ditemui, selepas ‘Oumuamua dan Borisov. Ia mula dikesan pada 1 Julai lalu oleh teleskop ATLAS di Chile, dan dipercayai bergerak sangat laju lebih 60 kilometer sesaat, menjadikannya salah satu objek paling laju pernah melintasi sistem suria.

Apa yang lebih mengejutkan, saintis percaya objek ini mungkin bukan sekadar komet, sebaliknya ia mungkin teknologi makhluk asing yang menyamar supaya tidak mudah dikesan oleh manusia.

Baca juga:

Laluan pelik, ‘bersembunyi’ di sebalik Matahari

Menurut draf kajian yang belum disemak oleh pakar lain, 3I/ATLAS dijangka akan menghampiri Matahari pada akhir November dan pada waktu itu ia tidak akan dapat dilihat dari Bumi kerana terlindung oleh cahaya Matahari.

Saintis percaya objek itu mungkin akan ambil kesempatan untuk bergerak secara senyap, perlahan dan masuk ke orbit sistem suria tanpa dikesan, seolah-olah sedang menyamar sebelum melancarkan serangan.

Apa yang lebih membimbangkan, komet ini akan melintasi dengan sangat dekat tiga planet utama, Zuhrah, Marikh dan Musytari. Menurut pengiraan saintis, kebarangkalian laluan seperti ini berlaku secara kebetulan sangat jarang, iaitu kurang daripada 0.005 peratus.

Para penyelidik mengemukakan andaian bahawa objek misteri itu mungkin merupakan teknologi makhluk asing yang membantu dalam kemungkinan serangan ke atas Bumi (Imej: K Ly/Deep Random Survey / SWNS).
“Kemungkinan menyerang manusia tidak boleh ditolak” – Kajian

Kajian ini ditulis oleh tiga orang penyelidik, termasuk Profesor Avi Loeb, seorang pakar astrofizik dari Universiti Harvard yang pernah mencetuskan kontroversi kerana mendakwa objek ‘Oumuamua mungkin kapal perisik makhluk asing.

Bersama dua lagi penyelidik dari Initiative for Interstellar Studies di London, mereka menerangkan bahawa kajian ini cuma satu idea saintifik yang menarik untuk dikaji, bukannya sesuatu yang mereka benar-benar percaya. Namun begitu, mereka tetap memberi amaran tegas.

“Kalau teori ini betul, ia boleh jadi sangat berbahaya untuk manusia dan mungkin kita perlu ambil langkah pertahanan, walaupun langkah itu belum tentu berjaya.”

Dalam kenyataan lain, mereka berkata, “Kajian ini dibuat berdasarkan satu andaian luar biasa yang masih boleh diuji. Walaupun penulis tidak semestinya mempercayainya, mereka rasa ia tetap penting untuk dikaji dan dilaporkan.”

Remaja Scotland dakwa nampak ‘UFO’ sebulan sebelum itu
Gambar hiasan

Sementara itu, satu insiden penampakan objek ganjil di langit turut berlaku di Scotland, hanya beberapa minggu sebelum 3I/ATLAS dikesan.

Kyle Jackson, 16, mendakwa dia dan dua rakannya ternampak objek bulat hitam yang “sangat laju dan senyap” terapung rendah di bawah awan berhampiran Sekolah Tinggi Newbattle, Midlothian, sekitar jam 11.10 malam pada 6 Jun lalu.

“Ia langsung tak berbunyi, tapi jauh lebih laju dari kapal terbang,” kata Kyle yang mengakui mereka terkejut dengan kejadian itu.

Meskipun tiada kaitan langsung, penemuan demi penemuan objek misteri ini kembali mencetuskan persoalan lama adakah kita benar-benar bersendirian di alam semesta ini?

Sumber: Daily Record

Related Posts