Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tak sangka, rupanya jenama tisu kegemaran ramai seperti PREMIER, ROYAL GOLD dan DIAPEX keluaran NTPM dah hampir 50 tahun di pasaran. Memang legend, sebab kebanyakan kita memang membesar dengan produk-produk ni di rumah.
Sempena ulang tahun ke-50, NTPM akan buat roadshow khas di beberapa lokasi untuk meraikan pencapaian setengah abad mereka. Kalau anda peminat tegar jenama ni, bolehlah singgah di lokasi berikut:
Zon Tengah
-Sunway Pyramid (Jaya Grocer), 29 Dis 2025 – 4 Jan 2026
-One Utama (AEON), 31 Dis 2025 – 4 Jan 2026
-Semenyih Billion, 24 Dis 2025 – 4 Jan 2026
Hadiah dengan pembelian

Ketika roadshow berlangsung, pengunjung yang membuat pembelian RM200 produk NTPM dalam satu resit akan berpeluang untuk menang hadiah DIP & WIN.
Hadiah utama adalah baucar RM500 menanti. Selain itu, Hadiah A (baucar RM200), Hadiah B (baucar RM100) dan Tisu RGS 400 helai juga bakal dimenangi.

Paling best, NTPM turut menawarkan hadiah utama sebuah Proton e.MAS 7 dan hadiah bulanan RM500 untuk 100 pemenang bertuah.
Cara nak sertai pun mudah:
1. Beli mana-mana produk NTPM bernilai RM30 ke atas dalam satu resit.
2. Imbas QR atau pergi ke ntpmcontest.mypromotions.my.
3. Isi maklumat, jawab soalan mudah dan upload resit.
Kalau anda memang peminat produk rumah berkualiti, inilah masa untuk shopping sambil berpeluang menang besar.








