Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Niu Niu, model cilik berusia 3 tahun merupakan model popular di kalangan pelbagai jenama pakaian di pelbagai platform perdagangan di China. Namun tiada yang mengerti ‘kesakitan’ yang dilaluinya selama ini sehinggalah viral dia ditendang oleh ibunya viral di media sosial baru-baru ini.
Dalam satu rakaman video yang viral, ibunya dirakam melemparkan kata-kata berikut:
Susulan viral video kejadian tersebut, semua kedai online yang dikaitkan dengan Niu Niu telah menarik balik gambar dan video dari laman web mereka. Sebanyak 110 kedai online menandatangani petisyen untuk menyokong kebajikan model kanak-kanak, tetapi tiada peraturan atau undang-undang yang dikuatkuasakan untuk melindungik anak-kanak ini.
Menyedari keadaan itu, ibu Niu Niu tampil menafikan bahawa tindakannya itu telah menyakiti Niu Niu. Jelasnya, dia menendang anaknya kerana Niu Niu berada terlalu dekat dengan jalan raya. Alasannya itu tidak masuk akal kerana dalam video tersebut, tiada menunjukkan jalan raya di kawasan itu.
Ibunya juga mendakwa video itu dirakam oleh ibu bapa model kanak-kanak lain yang disyaki cemburu dengan kejayaan Niu Niu.
“Tidak ada ibubapa yang tidak pernah memukul anaknya. Saya jarang sekali memukul anak saya,” katanya yang juga menegaskan Niu Niu tidak mengalami sebarang kecederaan dari tendangan itu serta tidak menangis.
Wanita itu turut mendakwa dia telah dibuli oleh kedai pakaian yang enggan berkerjasama dengannya lagi.
Semenjak viral video kejadian itu, tampil pula beberapa pihak mendedahkan video di mana si ibu dirakam memukul dan mengancam Niu Niu. Berdasarkan rakaman pada bulan Mac 2019, dia mengancam untuk memukul Niu Niu dengan penyangkut baju.
Dalam salah satu video, si ibu berkata “Ucapkan hello, cepat, ucapkan helo, senyum, goyangkan pinggul, pusing,” dan Niu Niu segera menukar ekspresi wajahnya ke mod kerja apabila dia hampir dipukul.
Seorang pemilik kedai yang bekerja dengannya memberitahu dia dipaksa pergi ke banyak rakaman oleh ibunya, “kebiasaannya mereka memerlukan 4 minit untuk menyelesaikan satu rakaman atau 15 rakaman dalam masa satu jam.”
Sumber: BroOhsem










