Tugasan sebagai seorang pendidik tampak mudah di mata orang lain. Tetapi, hanya yang memikul amanah itu yang mengetahui di sebaliknya. Seperti pepatah, guru ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. Bukan sahaja tugasan sebagai seorang pendidik, bahkan segala tugasan lain perlu dipikul demi para pelajar.
Allahyarham Farah Aida, yang merupakan seorang guru berkongsikan pengalaman yang dilaluinya sendiri dan bagaimana dia mengatasi masalah tersebut.
Saya dah belajar banyak dari kesilapan lalu. Saya pun tak pandang dah pangkat atau APC. Saya cuma ingin belajar bersyukur dengan apa yang saya ada.
Selama berbelas tahun mengajar ni, akhirnya saya mengerti semua perkara akan sampai pada kita bila tiba masanya. Bila kita dah cukup bersedia, bila kita cukup berusaha bila kita dah cukup berdoa, bila kita dah cukup bertawakal.
Semuanya akan hadir satu persatu apa yang kita impikan sesuai dengan masanya. Saya cuma ingin belajar menghayati hidup yang singkat ini.
Saya rasa marah sebab dia tak mahu menerima ilmu saya, dengar nasihat saya dan menghormati saya sebagai seorang guru. Saya menjangkakan hidupnya akan lebih susah di masa akan datang dan masa depan yang gelap sedang menantinya.
Sejak itu saya mengerti bukan saya yang menyebabkan manusia tu berubah, yang memberikan hidayah itu hanya Allah. Benar saya tak pernah serahkan dia dulu pada Allah, jauh sekali mendoakan dia diberi hidayah. Saya lupa hanya Allah sahaja yang boleh menjaga dan membolak balikan hati kita. Saya tak ada kuasa apa pun untuk mengubah dia.
Sejak itu saya mengerti dia adalah ujian untuk saya. Ujian saya yang gagal saya lalui. Dia tak berjaya dulu ketika di sekolah mungkin ketika itu saya tak pernah mendoakannnya beroleh kejayaan. Tapi bila tiba masanya kejayaan tetap jadi milik dia.
Akhirnya saya mengerti tugas saya mengajar menyampaikan ilmu, saya kena sampaikan dengan baik bersungguh-sungguh dan paling penting ikhlas. Ikhlaskan diri dan akhirnya kena redha. Yang nak bagi sehingga pelajar faham dan yang nak mudahkan kefahaman pelajar, bukan saya, tu semua kerja Allah. Saya kena balikkan dia pada Allah. Berdoa semua yang saya buat kerana Allah dan hanya Allah yang boleh sampaikan ilmu yang saya beri, terangkan hati mereka dan mudahkan kefahaman mereka.
Cuba tanya diri kita, ikhlaskah kita bila dah marah-marah itu redhakah kita bila pelajar kita tak seperti yang diharapkan. Kalau masih belum, berdoalah semoga hati kita dan pelajar kita sama-sama diberi hidayah.
Atau kau bayangkan masa kat akhirat nanti tiba-tiba kau masuk syurga tanpa dihisab. Lepas tu kau rasa pelik kenapa kau dapat istimewa sangat ni. Rupa-rupanya tugas kau masa jadi cikgu dulu kau suka cat sekolah betul-betul kan pintu, betul-betul kan bilik air, semua benda rosak orang cari kau padahal bukan tugas kau pun kan, walaupun masa kau habis kat sekolah siang malam sebab kau rajin tapi hasilnya berbaloikan sebab ikhlas. Ha…gitu.