Nga Kor Ming dakwa wartawan cuba timbulkan masalah? | The Reporter

Nga Kor Ming dakwa wartawan cuba timbulkan masalah?

Nga Kor Ming dakwa wartawan cuba timbulkan masalah di depan media asing.
Nga Kor Ming pertahan tindakan, dakwa wartawan cuba timbulkan masalah. | Sumber gambar: Astro Awani

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mempertahankan tindakannya terhadap seorang wartawan Utusan Malaysia ketika pelancaran kempen pelancongan ‘I Lite U’, sambil mendakwa wartawan berkenaan cuba menimbulkan masalah dan memalukan negara di hadapan media asing.

Nga berkata sidang media sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 itu bertujuan memperkenalkan kempen kepada pelancong luar, justeru turut dihadiri wakil media antarabangsa.

Memetik Oriental Daily News, Nga berkata wartawan tersebut bertanya mengapa slogan kempen tidak menggunakan Bahasa Melayu. Beliau mendakwa soalan itu menggambarkan seolah-olah wartawan itu cuba menimbulkan masalah serta memalukan negara di hadapan media luar.

Nga: Kedua-dua pihak ada hak

Nga menegaskan, sama seperti wartawan berhak bertanya soalan, individu yang ditemu bual juga berhak membuat pembetulan. Beliau menyifatkan tegurannya terhadap wartawan terbabit sebagai sebahagian daripada komunikasi dua hala yang adil, bukan tindakan melampau.

Tambahnya, reaksi berlebihan boleh berlaku sekiranya seseorang tidak dapat menerima sedikit pembetulan.

Baca juga:

Nga turut menjelaskan, sesi taklimat media yang dikendalikannya serta ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada program sama turut dijalankan dalam Bahasa Melayu, meskipun dihadiri wakil media asing.

Isu tercetus apabila wartawan mempersoalkan penggunaan slogan berbahasa Inggeris bagi kempen tersebut. Nga sebelum ini berkata penggunaan Bahasa Inggeris lebih sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa. Dalam responsnya, beliau dilaporkan berkata akan menghubungi ketua pengarang Utusan Malaysia berhubung soalan berkenaan.

NUJ suarakan kebimbangan

Susulan kenyataan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) menyatakan kebimbangan serius terhadap apa yang dilihat sebagai percubaan menakut-nakutkan wartawan yang menjalankan tugas.

NUJ menegaskan wartawan berhak mengajukan soalan berkaitan kepentingan awam dan tidak seharusnya ditekan ketika sidang media.

Sumber: Malaysiakini, Oriental Daily News

Related Posts