Nenek kesal pemilik kebun gantung 'keropok beracun' di tempat yang mudah dicapai | The Reporter

Nenek kesal pemilik kebun gantung ‘keropok beracun’ di tempat yang mudah dicapai

Sumber foto: Harian Metro (Zuliaty Zulkifli)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nenek kepada dua kanak-kanak yang dilaporkan kritikal selepas termakan keropok mengandungi racun, meluahkan rasa kesal dengan tindakan pemilik kebun.

“Saadiah Yaacob, 62, berkata, pemilik kebun menggantung ‘keropok beracun’ itu di tepi pagar yang rendah sehingga mampu dicapai oleh dua cucunya, Muhammad Akil Syauqi Abdul Rahman, 3, dan Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman, 2.

Menurut Saadiah, dua cucunya itu mengikuti suaminya (datuk mangsa), Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kawasan kebun tersebut yang terletak tidak jauh dari rumah.

Ketika pulang, dua beradik berkenaan dilihat membawa dua bungkusan makanan ringan yang diikat dengan tali.

Bagaimanapun, Saadiah tidak melihat mereka makan keropok tersebut kerana sebaik saja tiba di rumah, dua beradik itu terus masuk ke dalam bilik ibu mereka yang sedang tidur kerana baru pulang kerja semalam.

Ternampak ambulans

Saadiah kemudian keluar ke kebun dan tidak beberapa selepas itu dia ternampak ambulans masuk ke kawasan rumah, sebelum dimaklumkan oleh jiran yang dua cucunya telah dibawa ke klinik.

Warga emas berkenaan terus bergegas pulang ke rumah dan menemui makanan ringan yang dibawa oleh dua cucunya dan kelihatan sudah dibuka di bahagian tengah serta tinggall baki tiga keping makanan ringan dipercayai telah dimakan oleh cucunya.

Ibu mangsa memberitahu, anak-anaknya mengalami muntah-muntah, mulut berbuih dan menggelupur sebelum dikejarkan ke klinik dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang.

Kedua-dua mangsa dilaporkan masih kritikal dan masih menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkifli)

Related Posts