Nelydia Senrose enggan komen isu hijab, harap doa orang ramai - The Reporter

Nelydia Senrose enggan komen isu hijab, harap doa orang ramai

Nelydia Senrose enggan komen isu hijab

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon popular Nelydia Senrose memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai penampilannya tanpa hijab, sebaliknya menegaskan usahanya untuk menjadi insan yang lebih baik.

Ketika ditemui media semasa sesi fotografi drama terbaharunya, Seindah Hujan Cinta, di Damansara hari ini, Nelydia mengakui dia sedang melalui proses memperbaiki diri.

“Saya tiada komen tentang isu ini. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya sedang mencuba dan tidak akan berhenti untuk menjadi manusia yang lebih baik,” ujar Nelydia.

Beliau turut menzahirkan harapan agar orang ramai terus mendoakan kebaikan buat dirinya.

“Saya mengharapkan doa daripada semua untuk saya menjadi lebih baik. Saya percaya, doa yang baik akan kembali kepada kita,” katanya dengan nada positif.

Nama Nelydia baru-baru ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas ada spekulasi mendakwa dia tidak lagi berhijab.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!