Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui mati di sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur, bulan lalu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa, Hsieh Yun Hsin, 31, ditemui tidak bernyawa dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel sekitar jam 1.40 tengah hari, 22 Oktober lalu.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pada awalnya kes diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR), namun siasatan lanjut mendapati terdapat unsur mencurigakan yang membawa kepada pertukaran klasifikasi kepada kes bunuh.
“Kes ini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
Baca juga:
- MERCY Malaysia tiba di Gaza, bantu pemulihan sistem kesihatan
- Bekas pemain bola disyaki tembak lelaki yang pernah menyerangnya
- Utusan ambil tindakan undang-undang individu guna nama Utusan sebar fitnah
Difahamkan, ketika kejadian, penyanyi rap dan pengarah filem tempatan Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, turut berada di bilik yang sama bersama mangsa.
Namewee dilaporkan ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menggunakan bahan terlarang, dan kini dijangka akan ditahan semula dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.
Hsieh Yun Hsin dilaporkan tiba di Malaysia pada 20 Oktober lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
Sumber: Harian Metro








