Nak Upgrade Diri, Tapi Banyak Komitmen Lebih Penting? Ini Cara Untuk Kita Menyeimbangkan Gaya Hidup | The Reporter

Nak Upgrade Diri, Tapi Banyak Komitmen Lebih Penting? Ini Cara Untuk Kita Menyeimbangkan Gaya Hidup

HLB Meezani Akaun-i

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Faham tak perasaan rasa serba salah bila kita nak guna wang yang ada untuk self reward atau nak beli barang yang kita idamkan. 

Bukan apa, kita seolah-olah dilema sama ada wang yang kita ada itu sewajarnya digunakan untuk keperluan dan keinginan, atau lebih baik simpan untuk kepentingan lain. 

Haa, masa ini mula lah kita nak overthink, fikir tentang komitmen yang sedia ada, keluarga, pendidikan, kebajikan haiwan peliharaan, dan banyak lagi lah, seolah-olah seperti kita tak jumpa keseimbangan yang kita perlukan. 

Percaya ataupun tidak, sebenarnya ada cara untuk kita capai keseimbangan tersebut tau. Tak perlu runsing, jom tonton apa yang Alif Satar nak sampaikan ini. 

Capai Keseimbangan Gaya Hidup Dengan Akaun HLB Meezani-i  

Betul kata Alif Satar, memang susah nak seimbangkan perbelanjaan untuk keperluan dan kehendak, dalam masa sama perlu menabung untuk simpanan masa depan.

Sebab itulah Hong Leong Bank hadir dengan Akaun HLB Meezani-i, sebuah akaun pelaburan berisiko rendah dan patuh Syariah, yang dapat memberikan keseimbangan yang diidamkan.

Menariknya, kalau korang melabur dengan akaun ini, korang berpeluang menikmati ganjaran, bukan saja secara harian, malah setiap minggu, setiap bulan, setiap suku tahun, serta tahunan. Berbaloikan?

Korang berpeluang menikmati ganjaran seperti pulangan tunai, jongkong emas 10g 999, motor Yamaha Legenda EZ115, kereta Denza D9, pakej Umrah, simpanan untuk pendidikan, dan banyak lagi. 

Hanya dengan minima RM100 untuk permulaan pelaburan dan melakukan tambah nilai ke dalam akaun , korang berpeluang untuk menikmati ganjaran terpilih tau. 

Produk ini juga tak ada tempoh matang, serta mempunyai ciri-ciri operasi yang sama dengan akaun semasa/simpanan, di mana korang boleh membuat deposit dan pengeluaran pada bila-bila masa melalui kaunter, mesin ATM/CDM dan perbankan internet. 

Jadi, tunggu apa lagi, jom capai keseimbangan dengan melabur bersama akaun HLB Meezani-i sekarang dengan lawati cawangan Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank yang berdekatan. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Hong Leong Bank, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Related Posts