'Nak tunjuk baju ke, nak tunjuk punggung?' - Netizen tegur Qistina Raisah - The Reporter

‘Nak tunjuk baju ke, nak tunjuk punggung?’ – Netizen tegur Qistina Raisah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, pelakon remaja, Qistina Raisah atau Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri, 15, berkongsi video di Instagram yang menunjukkan dirinya memperagakan pakaian jenama tempatan.

Bagaimanapun ketika memperagakan pakaian itu, Qistina tertunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya yang mengundang perhatian ramai.

Tanpa menunggu lama, para pengikutnya mula membanjiri ruangan komen dengan komen-komen menjijikkan dan tidak kurang juga yang menegur pelakon muda berkenaan.

“Akhir zaman. Elok sangatlah tu tunjuk-tunjuk punggung kat orang camtu,” kata Achik Kedah.

“Akak nak pesan sikit. Kita semua ada ajalnya dik. Dibuatnya ajal malam ni, lima juta menontonnya dik. Ketahulah dik, ada orang dikuburan selama 20 tahun berteriakan minta dikembalikan ke dunia. Satu mata menonton, bertubi-tubi dipukul sehingga hancur di sana.

“Alam Barzakh bukan macam dunia dik. Malaikat pukul tanpa ada pujuk rayunya. Semoga yang membaca ini, kita semua tergolong dalam golongan orang yang takut kepada azab Allah,” kata Hanis.

“Baru je baca berita kehilangan dan kematian adik Nur Farah Kartini. Dunia sekarang ni kejam dik. Semoga adik berhati-hati dalam setiap apa yang adik lakukan,” kata Farah.

Total
0
Shares
Total
0
Share