Simulasi penyiasatan di dalam kelas.
SUBJEK: English
TOPIK: Be Safe
TAHUN: Year 4
LANGKAH: Pre-Reading
Untuk membawa pelajar membaca cerita penyiasatan adalah agak susah walaupun ceritanya pendek. Ini disebabkan cerita-cerita penyiasatan mempunyai laras bahasa bersifat investigatif, susah untuk pelajar.
Keadaan bertambah lebih susah jika ada pelajar yang selalu tertinggal dalam membaca, mereka akan cepat mengalah dan hilang minat.
Jadi, apa kata kita buat simulasi penyiasatan ringkas. Tujuannya adalah untuk menaikkan sifat ingin tahu pelajar dan menyediakan mereka untuk membaca.
Sila ikuti gambar berikut:
![]() |
3. Bagi langkah induksi, detektif meminta pelajar untuk cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut sendiri melalui pemerhatian. |
![]() |
6. Dalam beg Rasydan, ada buku yang mempunyai secret compartment untuk sembunyi satu lagi clue. (boleh PM saya kalau nak pinjam buku ni) |
Nota tambahan:
- Jangan ambil masa lebih dari 15 minit. Sebab berlakon bukanlah fokus kita. Fokus kita adalah membaca.
- Ambil kesempatan memperkenalkan perkataan baaru seperti evidence, clue, magnifying glass dan lain-lain.
- Bila pelajar sudah menunjukkan minatnya dengan simulasi penyiasatan, inshaAllah mereka akan termotivasi untuk membaca cerita penyiasatan anda.
- Sentiasa inculcate moral value dan tips-tips keselamatan sebab inilah point utama topik ini.
- Nak beri whole lesson interesting, jangan beri bahagian konklusi cerita penyiasatan anda kepada pelajar. Biar mereka meneka dan membuat penyiasatan sendiri.
- Walaupun detektif selalu hisap rokok paip, jangan sesekali guna dalam kelas. Bimbang ia akan memberi pengaruh yang tidak baik pula. Hahaha!
Ini hanya sekadar cadangan saja. Cikgu-cikgu bolehlah tambah, tolak, edit untuk pengajaran yang lebih baik. Selamat mencuba gaiss! Allah bagi idea, kita share. – Little Chuckee | PIXEL MEDIA
Nota Kaki: Cikgu muda ini memang ohsem! Untung pelajar sekolah beliau mempunyai cikgu yang kreatif seperti ini.