'Nak kata saya isteri derhaka? Kita tengok apa permainan dia' - Puteri Sarah bersedia hadap tuntutan nusyuz yang akan difailkan suaminya hari ini - The Reporter

‘Nak kata saya isteri derhaka? Kita tengok apa permainan dia’ – Puteri Sarah bersedia hadap tuntutan nusyuz yang akan difailkan suaminya hari ini

Pelakon dan Pengarah Syamsyul Yusof dilaporkan akan memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah, pada petang ini. 

Puteri Sarah mengakui dia tidak mengetahui tentang perkara itu, tetapi memilih untuk menunggu dan melihat apa tindakan suaminya itu. 

“Saya pun tak tahu apa-apa. Tunggu sahajalah apa tindakan dan dakwaan dia petang nanti,” katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online, Selasa, 21 Mac 2023. 

Menurut Puteri Sarah, dia akan terus berjuang untuk mempertahankan nasibnya dan meminta orang ramai mendoakan agar keadilan berpihak kepadanya. 

“Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja cari duit sendiri. 

“Selepas apa yang berlaku petang ini, baru saya akan buka mulut. Buat masa sekarang, kita tengok sahaja apa permainan dia. 

“Minta doakan semua urusan dipermudahkan dan semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya. 

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!