Baru-baru ini Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM100 bagi golongan bujang yang memberi manfaat kepada tiga juga individu dengan peruntukan RM300 juta.
Pengumuman bantuan itu mendapat banyak reaksi netizen dan salah seorang gadis berkata bersyukur dengan nilai RM100 itu, namun berpendapat golongan muda usah terlalu mengharap pada bantuan, sebaliknya bekerja untuk mendapatkan duit.
“Assalamualaikum. Satu je nak cakap, nak duit kerja. Jangan cuma mengharapkan bantuan. Orang muda semua masih boleh bekerja.
“Kami pun dah bersyukur dengan nilai RM100 itu, sebab tahu duit yang banyak takkan datang dari langit. Rezeki Tuhan yang bagi. Jadi tak ada masalah kami nak kondem pasal bantuan. Jangan duk update sangat benda tak tahwan hala,” tulis gadis itu yang dikenali sebagai S.A.
Foto: Forum Cari |
Tetapi ada netizen yang menyindir kenyataannya itu dan menganggap gadis berkenaan sebagai macai.
“Entah-entah kau orang pertama yang tunggu di pintu bank nak ambik BaSaH. Dulu mahacai cakap RM50 dah penuh satu troli, kera-jaan siap bagi extra RM50 lagi. Kira ok la tu.. Kahkahkah!
“Melompat gembira macam monyet la macai keluar gua dapat RM100. Jangan lupa cai, shopping dan standby sekali stok bekalan dedak untuk korang bertapa dalam gua nanti. kahkahkah!” kata netizen.
Tidak melenting dengan komen provokasi itu, S.A tetap positif dan bersumpah tidak pernah mendapat mana-mana bantuan termasuk BR1M.
“Saya nak beritahu yang saya tak pernah terima mana-mana bantuan termasuk BR1M. Janganlah melebih sangat. Kami orang muda pun tak merungut,” katanya.
Foto: Forum Cari |
Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Foto: Forum Cari |
Foto: Forum Cari |
Golonga muda yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai BSH RM100 bagi golongan muda bolehlah menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau emelkan kepada bsh@treasury.gov.my.