'Nak Baju Murah/Free, Jahit Sendiri...' - The Reporter

‘Nak Baju Murah/Free, Jahit Sendiri…’

Orang yang tidak merasa peritnya menjahit, sering mempertikaikan soal harga.
“Eh?! Kenapa mahal sangat?! Bukan susah sangat pun pattern pakaian yang saya nak,” 
Saya lebih suka memberi ‘rasa’ itu kepada mereka yang membebel. Duduklah, meh belajar. Kalau pola pun awak susah nak faham, ukur pun kadang-kadang jauh larinya, apatah lagi awak nak sambung sesi memotong dan mencantum?
Cukuplah berbalah. Tukang jahit itu tidak menjual barang tetapi mereka menjual kudrat. Kadang-kadang, mereka hanya tidur pada jam 3 atau 4 pagi semata-mata nak menyiapkan baju awak. 
Pakaian awak satu keluarga, tukang jahit gigih menyiapkannya. Sedangkan pakaian raya keluarga si tukang jahit itu sendiri tak berjaya. Mereka pakai saja apa yang ada.
Janganlah merungut andai kata pakaian anda sama dengan orang lain tetapi badan anda tidak merasa kesedapan memakainya sebagaimana orang lain. Tukang jahit juga sama seperti doktor. Tak semua pesakit temui ubatnya pada seorang doktor sehinggalah mereka menemukan ubat pada orang yang ‘ditentukan’ untuknya.
Jadi, jangan disibukkan soal harga. Si tukang jahit bermata sepet mengenakan harga yang lebih tinggi, awak kata tak apa. Si tukang jahit bermata sama seperti awak, awak caci maki dan kata macam mana nak bantu bangsa sendiri kalau dicaj mahal-mahal. 
Nak baju free, jahit sendiri. Jangan membebel macam tin kosong tak ada isi. – Sharifah Al Qhadri | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!