'Nak ambil air jer' - Pasangan penjawat awam dicekup berkhalwat di rumah sewa - The Reporter

‘Nak ambil air jer’ – Pasangan penjawat awam dicekup berkhalwat di rumah sewa

Pihak berkuasa mencekup seorang lelaki yang disyaki berkhalwat dengan pasangannya di sebuah rumah sewa di Taman Sri Pinang, Kulim, hari ini.

Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan kegiatan maksiat di rumah wanita berusia 48 tahun itu.

Bertindak di atas maklumat, pihaknya datang ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. Namun apabila pegawai dan anggota PADK tiba di rumah tersebut, pintu utama dikunci dari bahagian dalam.

Setelah beberapa ketika, pasangan berkenaan akhirnya membuka pintu dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Siasatan awal mendapati, lelaki berusia 35 tahun itu memberi alasan kedatangannya ke rumah teman wanitanya hanya untuk mengambil air sahaja memandangkan bekalan air di rumahnya terputus.

Bagaimanapun, alasan lelaki itu tidak berjaya mengaburi pihak berkuasa yang menemui banyak barangan milik lelaki terbabit di rumah tersebut.

Pasangan itu juga merupakan penjawat awam dan masing-masing mendakwa masih bujang dan belum berkahwin.

Mereka juga gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak mereka berkhalwat.

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara atau denda tidak melebii RM3,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkifli)

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!