'Nak ajar anak pandai menulis bukan bagi kertas dan pensel ye ibu bapa' - The Reporter

‘Nak ajar anak pandai menulis bukan bagi kertas dan pensel ye ibu bapa’

Pada usia yang masih mentah, kanak-kanak kini terdedah dengan pelbagai ilmu yang dipelajari baik dari ibu bapa dan guru, malah ada yang hanya mempelajari melalui gajet. Namun demikian, gajet dikategorikan sebagai peratusan yang tinggi penyumbang ke arah negatif. Hal ini seringkali menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa kerana perkembangan fizikal anak-anak mereka akan terbantut dan menjadikan kanak-kanak sebagai seorang yang pasif.
Seringkali dilihat di media sosial, ada segelintir ibu bapa yang mengeluh apabila anak-anak mereka belum pandai menulis, sedangkan rakan sebaya anak mereka pula sebaliknya. Oleh yang demikian, Puan Ashikin Hashim berkongsi beberapa aktiviti yang boleh merangsangkan pergerakan fizikal dan mental kanak-kanak.
NAK ajar anak pandai menulis? Bukan dengan bagi kertas  dan pensel ya mak ayah. Bukan bagi worksheet banyak-banyak. 
Habis tu, nak buat macam mana ya?
Siapa nak tahu, sila angkat tangan. Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.
Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak tetapi ada segelintirnya ada mengalami masalah seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi, anak tidak mahu menulis dan penat menulis. 
Ini hanya sebahagian aktiviti, ada banyak lagi aktiviti menguatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis anak.  Buat pencarian di Google, ada banyak lagi aktiviti lain. Selepas itu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola supaya otot-ototnya semua bekerja.
Hadkan penggunaan gajet.
Stamping

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Punching

Cutting

Stamping

Tearing

Peeling

Play beads & strings

Play manipulatives

Stacking Lego

Crawiling

Finger painting
Sumber: Ashikin Hashim, Early Childhood Practitioner
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!