Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 - The Reporter

Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028

Sumber gambar: New Straits Times

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sejak Selasa lalu, media tempatan melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan setelah mendapat pengampunan. Namun, berita itu kemudian telah ditarik balik.

Hari ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Keputusan ini dibuat setelah Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mempertimbangkan lima kertas pengampunan termasuk permohonan dari Najib.

Menurut kenyataan tersebut, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas Najib telah dikurangkan sebanyak 50 peratus.

Ini bermakna, Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar sebanyak RM210 juta telah dikurangkan kepada RM50 juta.

Namun, sekiranya denda tersebut tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, yang bermakna tarikh pembebasan beliau akan ditunda ke 23 Ogos 2029.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!