'Tiada child seat punca bayi tercampak keluar kereta' - Anthony Loke | The Reporter

‘Tiada child seat punca bayi tercampak keluar kereta’ – Anthony Loke

Gambar nahas di Plaza Tol Bukit Kajang yang meragut nyawa seorang bayi.
Gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa ketiadaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (child seat) menjadi punca utama seorang bayi lelaki berusia setahun tercampak keluar dan maut dalam nahas di Plaza Tol Bukit Kajang, Sabtu lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak berada dalam child seat ketika kejadian, sebaliknya tercampak sebelum tersepit pada kenderaan lain selepas sebuah lori gagal membrek lalu merempuh beberapa kenderaan.

“Ramai yang mengeluh apabila kerajaan mewajibkan penggunaan child seat kerana faktor kos, namun insiden ini membuktikan betapa pentingnya ciri keselamatan itu.

“Ini peringatan penting kepada semua ibu bapa. Bayangkan jika bayi tersebut berada dalam child seat, kemungkinan besar dia tidak tercampak keluar dan nyawanya masih boleh diselamatkan,” katanya.

Anthony Loke menegaskan child seat terbukti mampu mengurangkan risiko kemalangan terhadap penumpang kecil dan tidak wajar diabaikan.

Baca juga:

Dalam masa sama, beliau turut menekankan pentingnya penyelenggaraan lori secara berterusan. Walaupun kenderaan terbabit memiliki permit sah dan rekod pemeriksaan Puspakom yang masih valid, breknya gagal berfungsi hingga menyebabkan nahas.

“Syarikat tidak boleh hanya bergantung kepada pemeriksaan enam bulan sekali. Penyelenggaraan mesti dilakukan sepanjang masa,” tegasnya.

Polis kini meneruskan siasatan penuh termasuk pengesahan teknikal terhadap kerosakan brek lori terbabit. Dalam kejadian itu, lapan individu turut cedera selain bayi berkenaan yang disahkan meninggal dunia di lokasi.

Sumber: Harian Metro

Related Posts