'Nadia tak nak ke jadi macam sepupu lain yang dah ada rumah sendiri, kereta' - Wanita pengsan selepas diasak dengan soalan panas ketika beraya di rumah saudara - The Reporter

‘Nadia tak nak ke jadi macam sepupu lain yang dah ada rumah sendiri, kereta’ – Wanita pengsan selepas diasak dengan soalan panas ketika beraya di rumah saudara

Masih lagi dalam mood beraya, ramai pengguna media sosial berkongsi video sambutan raya masing-masing di media sosial. Ada yang disimpan sebagai kenangan, tidak kurang juga untuk tatapan ahli keluarga yang tidak dapat pulang beraya bersama.

Baru-baru ini, tular di media sosial negara jiran, video memaparkan seorang wanita muda berusia 25 tahun pengsan di rumah ibu saudaranya semasa beraya.

Lapor Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Nadia itu pengsan kerana cemas dan tidak sanggup menghadapi pertanyaan ‘menakutkan’ daripada ibu saudaranya semasa datang beraya di rumah tersebut.

Dalam klip video itu, Nadia dilihat hanya mendiamkan diri apabila bapa saudara dan ibu saudaranya berbicara mengenai hala tuju masa depannya. Namun dalam masa sama, dia sudah kelihatan sedikit tidak stabil.

Bapa saudara: “Bukankah lebih bagus kalau kamu mempunyai kenderaan sendiri, lebih senang.”

Ibu saudara: “Belum ada kenderaan? Masih tinggal di rumah sewa? Kamu memang tak nak beli rumah sendiri seperti sepupu kamu yang lain?”

Bapa saudara: “Masalahnya sekarang, Rina baru kerja.”

Ibu saudara: “Nanti bila dah ada anak, ada rumah sendiri, ada kenderaan sendiri…”

Bapa saudara: “Apa kamu tak malu.. eh??! Nadia kenapa?!”

Soalan-soalan mencemaskan itu membuatkan Nadia terus jatuh pengsan membuatkan ahli keluarganya terus panik dan cuba membantunya.

Di media sosial, netizen berpendapat ahli keluarga mahupun sanak saudara yang lain tidak sepatutnya menggesa atau cuba merancang kehidupan orang lain. Sebaliknya, cukup sekadar menasihati sekiranya anak-anak muda seperti Nadia meminta nasihat.

“Keluarga, orang yang paling senang nak mencorak kehidupan orang lain, sedangkan di posisi Nadia ini bukannya mudah nak menghadapi cabaran dan dugaan hidup hari ini. Kalian beruntung jalan kehidupannya lurus je, tetapi memandai-mandai nak ajar orang tanpa memikirkan perasaan orang,” kata Edy.

“Nasib baik aku tak pernah ditanya soalan-soalan macam ni. Kalau ada yang cuba buat macam ni, memang aku telan dia hidup-hidup, hahaha!” kata Liyank.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!