Nabil luah hasrat mahu jadikan rumah di kampung sebagai madrasah | The Reporter

Nabil luah hasrat mahu jadikan rumah di kampung sebagai madrasah

Nabil Ahmad berdiri di hadapan rumah lama keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan, sambil tersenyum mengenang kenangan lama.
Nabil Ahmad berkongsi kenangan zaman kecil di rumah lamanya di Mambau. Gambar: Instagram Nabil Ahmad

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad, telah berkongsikan sebuah video tinjauan ke rumah lama keluarganya yang terletak di Mambau, Negeri Sembilan.

Menerusi hantaran video di Instagram, Nabil menunjukkan setiap ruang rumah berkenaan sambil mengimbas kembali momen-momen manis yang pernah dilalui di situ.

“House tour rumah Mambau. Tak ada WiFi, tak ada Netflix, tapi masa tu, hidup rasa cukup sangat,” katanya.

Tambah Nabil lagi, rumah itu menyimpan banyak kenangan indah termasuk suasana sejuk pada waktu malam yang tidak memerlukan alat penghawa dingin.

“Masya-Allah, rindunya rumah ini. Rumah ini malam sangat sejuk, tak perlu pasang ‘air cond’. Ini bilik bujang saya, dulu warna biru, sekarang warna kuning,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi momen lucu semasa kecil yang mengundang ketawa isterinya, yang turut berada bersamanya ketika sesi ‘home tour’ itu.

“Atap ni dulu bocor. Kalau tidur terganga, air hujan masuk dalam mulut,” katanya berseloroh.

Dalam nada penuh harapan, Nabil meluahkan keinginannya untuk menjadikan rumah tersebut sebagai sebuah madrasah.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita akan jadikan rumah ni sebagai madrasah. Dapat pahala semua, mak, adik-beradik semua,” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, seorang individu memuji sikap mulia Nabil sekeluarga yang membenarkan halaman rumah digunakan sebagai kawasan parkir untuk jemaah surau berhampiran.

“Murah rezeki Nabil. Baik budi pekerti Nabil. Laman rumah Nabil dan keluarganya dijadikan tempat letak kereta untuk orang pergi ke surau atau masjid di depan rumah mereka,” tulisnya.

Related Posts