MYAirline mohon maaf, jelaskan 'infant belt' hanya untuk bayi berusia 24 bulan & ke bawah sahaja - The Reporter

MYAirline mohon maaf, jelaskan ‘infant belt’ hanya untuk bayi berusia 24 bulan & ke bawah sahaja

Syarikat penerbangan MYAirline hari ini membuat permohonan maaf kepada salah seorang penumpangnya yang berkongsi pengalaman kurang memuaskan ketika menggunakan perkhidmatan mereka, baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook rasminya, MYAirline kesal dengan apa yang dialami oleh penumpang berkenaan dan akan menyiasat insiden tersebut.

“Kami kesal dan ingin memohon maaf kepada salah seorang penumpang kami yang etlah menaiki penerbangan tersebut atas pengalaman beliau yang kurang memuaskan.

“Kami sedang menyiasat perkara ini untuk mengenal pasti jurang dalam perkhidmatan kami dan membuat tindakan pembetulan yang sepatutnya agar situasi sebegini tidak berulang di masa akan datang.

Dalam pada itu, MYAirline menjelaskan polisi syarikatnya dan garis panduan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menetapkan, pemakaian tali pinggang keselamatan tambahan (infant belt)hanya diberi kepada kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke bawah.

Untuk penumpang kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke atas harus memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka atas tujuan keselamatan.

Terdahulu seorang lelaki berkongsi di media sosial yang mendakwa kru kabin penerbangan berkenaan enggan memberi tali pinggang keselamatan tambahan untuk bayinya yang berusia dua tahun.

Pengadu juga mendakwa tindakan ketua kru kabin melaporkan perkara itu kepada ketua kapal (juruterbang) menyebabkan pengumuman dibuat yang dituju kepada ahli keluarganya dianggap mengaibkan mereka. Malahan memberi amaran akan menghalau anaknya keluar jika tidak mematuhi arahan anak kapalnya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!