'My mom tak pernah berdamai dengan sesiapa' - Anak dakwa bapanya, Zainal Abidin, telah ceraikan Fyna Jebat? - The Reporter

‘My mom tak pernah berdamai dengan sesiapa’ – Anak dakwa bapanya, Zainal Abidin, telah ceraikan Fyna Jebat?

Umum mengetahui bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan mempunyai dua isteri. Perkara itu mula diketahui umum selepas kakak kepada Ayda Jebat, iaitu Fyna Jebat mendedahkan identiti suaminya secara terbuka.

“Alhamdulillah, saya telah bernikah. Harap doakan saya dan keluarga,” kata Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 29, yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 9, seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Online pada Januari 2023.

Bagaimanapun, timbul dakwaan yang mengatakan hubungan Fyna dengan madunya (isteri pertama) keruh dan berlaku insiden yang tidak diingini semasa berada di tempat awam.

Tidak lama selepas itu, media hiburan pula melaporkan kedua-duanya wanita itu telah berdamai berikutan mereka dilihat duduk semeja di sebuah majlis yang turut dihadiri oleh Zainal Abidin.

Dalam laporan portal Boom pula, Fyna mengakui dia bersepakat dengan madunya untuk berdamai dan memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

“Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang berlaku tempoh hari.

“Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya terkekang dengan jadual kerja yang padat,” jelasnya.

Bagaimanapun, anak kepada Zainal Abidin, Zahira Aisyah pula tampil menafikan laporan itu. Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan portal hiburan menyiarkan semula cerita yang dianggap sudah basi.

Lebih mengejutkan, Zahira mendakwa bapanya telah menceraikan isteri kedua dan ibunya tidak pernah berdamai dengan Fyna seperti yang dilaporkan.

“Kenapa perlu post balik cerita empat bulan yang lepas? Also, my mom did not ‘berdamai’ with anyone and this story is not true.

“And for your information, my dad has divorced Fyna Jebat. Mohon delete post ini, thank you,” katanya.

Sumber: Aleale.dr, Kosmo! Online, Boom

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!