Murid Kejang Otot, Pening & Berkhayal Selepas Makan Gula² Bintang - The Reporter

Murid Kejang Otot, Pening & Berkhayal Selepas Makan Gula² Bintang

TASEK GELUGOR – Heboh di media sosial mengenai gula-gula berbentuk bintang yang didakwa mengandungi dadah dijual di sekolah, cetus kebimbangan netizen khususnya golongan ibu bapa. 
Farah Misi, individu yang bertanggungjawab menyebarkan perkara itu mendedahkan bahawa, beberapa pelajar sekolah yang terlibat telah datang ke sebuah klinik di Tasek Gelugor selepas mengadu kekejangan otot, pening kepala dan khayal. 
“Pil ini mungkin pil estacy. Semua yang terlibat telah datang ke klinik untuk terima rawatan dan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut. 
“Gula-gula berbentuk bintang. Hati-hati, takut ada dijual di sekolah. Pesan pada kawan-kawan, adik-adik yang darjah 1, 2, 3. Sebab budak darjah dua Sekolah Kampung Selamat telah membeli gula-gula tersebut dari kawannya. 
“Dia telah makan sebanyak 8 biji sebelum mengalami kekejangan otot, pening dan berkhayal,” katanya. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!