Murid 9 tahun maut dibelasah senior dua kali dalam 2 hari berturut-turut - The Reporter

Murid 9 tahun maut dibelasah senior dua kali dalam 2 hari berturut-turut

Seorang murid lelaki berusia 9 tahun di sebuah sekolah di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia, maut akibat dibelasah oleh sekumpulan murid senior di tandas dan belakang bangunan sekolah.

Lapor Kompas, kejadian tersebut berlaku pada Isnin, 15 Mei 2023 dan mangsa sempat dirawat di hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada Sabtu, 20 Mei 2023.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa sebenarnya dibelasah dua kali oleh kumpulan yang sama sehingga nyawa-nyawa ikan. Datuk mangsa berusia 52 tahun berkata, kejadian yang menimpa cucunya itu berlaku dalam tempoh dua hari.

Pada hari pertama kejadian, mangsa yang baru empat bulan berpindah ke sekolah itu sempat mengadu kepada datuknya yang dia mengalami kesakitan pada badan.

Bimbang melihat keadaannya, mangsa disuruh berehat sahaja di rumah untuk beberapa hari. Tetapi nasihat datuknya itu tidak diterima dan mangsa tetap nekad hadir ke sesi persekolahan.

Akibatnya, 16 Mei 2023, mangsa sekali lagi dibelasah oleh kumpulan berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Pemeriksaan mendapati, pembuluh darahnya pecah, dada dan tulang punggungnya retak.

Pada awalnya mangsa enggan mendedahkan kejadian yang menimpa dirinya. Doktor kemudian meminta ahli keluarga lain berpura-pura keluar daripada bilik dan bersembunyi di sebalik tirai.

Dan ketika itulah mangsa mengakui dia telah dibelasah oleh tiga murid senior. Mangsa juga ada mendedahkan nama suspek ‘ AJ’, tetapi tidak sempat menyebut nama dua lagi murid terlibat dan mangsa disahkan telah meninggal dunia selepas tiga hari mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Berdasarkan maklumat itu, ahli keluarga mangsa datang ke sekolah untuk mencari murid bernama ‘AZ’, selain turut meminta pihak sekolah dan keluarga suspek untuk tampil bertanggungjawab.

Empat murid yang disyaki terbabit dalam kejadian itu telah ditahan dan disoal siasat. Polis meminta orang ramai bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Sumber: Kompas

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!